Thursday, September 24, 2009
raya 1 : nasi tomato and ayam masak merah, ketupat daun palas and rendang daging, mee hoon sup utara - melampau kan?
raya 2 : laksa kedah and satay
raya 3 : lontong nasi himpit - my no. 1 favorite!
raya 4 : laksa sarawak - yours truly masak ngeee..
raya 5 : tak tau lagi. tengah dok usha piang gi pekan aloq setaq cari radix fried chicken.
lesson learnt ~ raya tahun depan kena pakat dengan akakKu nak bawak balik berapa jenis kek and kuih. rumah jitra tahun ini kebanjiran kuih muih! berbelas balang biskut, 3 kek lapis, 2 jenis kek buah, 2 kek coklat, ntah berapa jenis kuih kering - kerepek - maruku - kekacang. harus makKu paksa kami bawak balik KL.
anda macam mana? sure masak/makan best-best kan..? :)
Posted at 24.9.09 by
eridanus
Permalink
Wednesday, September 23, 2009
Posted at 23.9.09 by
eridanus
~ tahun lepas beraya di dungun, jadi tahun ini di jitra pula. to be honest, aku dah tak kisah beraya dimana-mana, asalkan anak-anakku dan suami beraya bersama-samaku
~ malam raya baru sampai jitra, sebelum tu berbuka puasa di mcD juru. dari hari jumaat kami dah cuti, tapi biasalah kemas rumah, basuh baju dll barulah lapang dada nak meninggalkan rumah seminggu.
~ raya pertama di pulau maharaja dan kg. siputeh. keempat-empat tok dan wanku dah ketara keuzuran mereka. terutamanya wan li. dah sakit sendi, tangan menggigil-gigil tak boleh butang baju sendiri apatah lagi menyuap nasi dengan tangan. harap-harap raya ini bukanlah raya terakhir kita bersama.. tskk tskk
~ sahih!! dah terbukti mak sedaraku dah selamat menjadi isteri ke-3 seseorang. siap masuk surat khabar lagi. kesian ex-husband dia.. dan tok wanKu dan seluruh keluarga Ku pu.lau maharaja. tatau la kenapa kesian.. tapi kesian la kalau dengar cerita sebenar.
~ ada gossip panas melanda keluarga siputeh juga. tak tahulah gossip liar, khabar angin atau kejadian benar. sepupuku (khabarnya) sudah ber'C'! aiyohh anak-anak 3 orang tu kecil-kecil lagi. aku doakan yang terbaik sahaja untuk anak-anak diorang yang comel-comel tu..
~ concorde yang dah selamat ke spain datang beraya ke rumah jitra! nanti insyaallah aku akan blog pasal hero kita ni. pasai apa hero?? nantilah aku cerita.. tak surprise pulak kan
~ hari ini baru raya keempat, hatiku (dan hati pian - aku tahu) dah ala-ala.. err.. macam nak balik ke BSP dah. tak tahulah kenapa. maybe sebab mica and maisa buas 2-3 macam kot. kalau kat BSP senang nak control diorang.. hmmm. wateva.
~ next entry, akan postkan gambar kami sekeluarga khasssss untuk tatapan keluarga mertua d dungun. aku tahu leman adik iparku selalu online kan? kan? kan? .... tunggggguuuuuu... ape kata mung post gambar-gambar di dungun plak?
~ ahh. aku hampir terlupa. selamat hari raya semua, semoga kita sentiasa diampunkan dosa dan dmurahkan rahmat dan rezeki dari allah. amin. luv y'all..
Posted at 23.9.09 by
eridanus
Wednesday, September 16, 2009
macam tak percaya pulak dalam pplaylist aku ada satu lagu raya je!
lagu suara takbir by p ramlee - memang my super fav.
kena tambah lagi ni.
Posted at 16.9.09 by
eridanus
Permalink
Tuesday, September 15, 2009
orang citer baju raya aku pon nak citer jugak ;)
errr.. tapi bukan ambik dari tailor.
ambik dari laundry shop je. hantar for dry cleaned. ngeeee...
Posted at 15.9.09 by
eridanus
Permalink